العلم بلا عمل كشجرة بلا ثمر

"setiap yang berjuang itu pasti akan terkorban, yang terkorban itu akan membuah seribu makna dan pasti dimanfaat oleh yang lain"

Ahad, 27 November 2011

wudhu'

 

Syarat-syarat Wuduk

Syarat-syarat Wuduk
Syarat sah Wuduk itu ada enam:-


* 1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
* 2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
* 3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
* 4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
* 5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
* 6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.           

   
Sunat-sunat wudhu'
Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwudhu':-
Menghadap ke arah Kiblat.
Menbaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman
nirrahim".
Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum
berwudhu'.
Berkumur atau bersugi.
Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan
mengeluarkannya kembali.
Menyapu air ke kepala.
Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu
berwudhu'.
Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau
sebagainya.
Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
Berjimat ketika menggunakan air.
Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'.
Membaca Doa Selepas wudhu'setelah selesai berwudhu'.


        
Perkara yang membatalkan wudhu'.
Enam perkara membatalkan wudhu':-
Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur)
najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan
sebagainya.
Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau
perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik
kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya
seperti kencing,
seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu
dan lain-lainnya)
Murtad.
                                                                                                                            

      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan