العلم بلا عمل كشجرة بلا ثمر

"setiap yang berjuang itu pasti akan terkorban, yang terkorban itu akan membuah seribu makna dan pasti dimanfaat oleh yang lain"

Sabtu, 26 November 2011

فلاجرن اساس جاوي

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamualaikum..kali ini ustaz akan menunjukkan sedikit sebanyak bagaimana ejaan jawi baru diubah dan dan digubal agar menjadi sebuah ejaan yg baik dan mudah difahami oleh generasi baru nanti.
  

  KAEDAH DIFTONG

Dalam sistem ejaan Jawi terdapat tiga bentuk diftong yang digunakan iaitu /ai/, /au/ dan /oi/. Dengan adanya sistem ejaan Jawi baru, kegelisahan para pengguna dapat diselesaikan. Sebelum ini, sistem mengeja bagi beberapa perkataan Jawi disama eja.



  BUNYI GLOTIS
Semua perkataan bahasa Melayu yang diakhiri dengan hentian glotal
akan dieja dengan menggunakan huruf qaf.




KAEDAH GELINCIRAN
- Bunyi gelinciran ini terjadi apabila vokal /a/ diikuti oleh vokal /u/ atau /i/ bertemu tanpa dibatasi dengan huruf konsonan.
- Bagi mengelakkan kekeliruan dalam sistem ejaan Jawi, perkataan yang mempunyai huruf vokal yang sedemikian hendaklah ditambah huruf hamzah sebelum huruf wau atau ya.
 KATA GABUNGAN


- Kata gabungan (kata majmuk) bebas yang membentuk rangkai kata umum, rangkai kata istilah khusus ditulis terpisah antara satu sama lain.
      Kata gabungan yang ditulis serangkai sebagai bentuk yang telah mantap dalam ejaan       Rumi, ditulis serangkai juga dalam ejaan Jawi

KATA ULANG

Ada tiga cara menulis perkataan berganda
dalam tulisan Jawi.
Pengulangan penuhditulis angka dua (٢) selepas kata dasar.
Pengulangan bebasditulis penuh dengan menggunakan tanda sempang.
Pengulangan separaditulis penuh
 KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS 

- Kata pinjaman daripada bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris hendaklah dikekalkan bentuk bunyinya serta sedikit penyelarasan dengan kaedah ejaan bahasa Melayu.
 - Bunyi glotal dilambangkan dengan huruf kaf seperti perkataan abstrak - ابسترك.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan