العلم بلا عمل كشجرة بلا ثمر

"setiap yang berjuang itu pasti akan terkorban, yang terkorban itu akan membuah seribu makna dan pasti dimanfaat oleh yang lain"

Selasa, 22 November 2011

Pengenalan Kepada P.S.R.A

  PSRA adalah singkatan untuk penilaian "penilaian sekolah rendah agama" dibawah pengelolaan Jabatan Agama Islam Selangor. Peperiksaan ini melibatkan sekolah-sekolah yang berdaftar dibawah pengolaan JAIS bahagian pendidikan.

   Diantara contoh sekolah dibawah pengelolaan Jabatan Agama Islam Selangor adalah
1- Sekolah Rendah Agama.
2- Sekolah Rendah Agama Intregasi.
3-Sekolah Rendah Agama KAFA.
4- Sekolah Rendah Agama KAFAI.

 Serta sekolah-sekolah yang berdaftar dengan jabatan agama islam selangor.
 Didalam PSRA ini juga, pelajar akan dinilai melalui kefahaman serta kecekapan semasa menjawab soalan yang diberikan. Peperiksaan ini akan diberi melalui sukatam pembelajaran harian dari tahun 4, 5, 6 sahaja.
Pelajar yang lulus dengan cemerlang akan memperolehi "MUMTAZ" pangkat yang tinggi dalam penilaian. Pelajar akan melayakkan diri ke sekolahpsekolah pilihan jabatan agama isalam selangor.

   Walaubagaimanapun. penilaian ujian sekolah rendah (UPSR) juga diambil kira dalam melayakkan seseorang pelajar itu diterima masuk ke SAM, SAMT dan lain-lain.

   Kelebihan PSRA adalah dapat membantu pelajar dalam menggunakan ilmu fardu 'ain dalam seharian pelajar itu.   Selain itu, ia juga dapat membantu melahirkan generasi pelajar yang rabbani dalam mendekatkan diri pada Allah Ta'ala. Kita perlu bersama-sama menyokong dalam melahirkan generasi rabbani seperti ini.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan