العلم بلا عمل كشجرة بلا ثمر

"setiap yang berjuang itu pasti akan terkorban, yang terkorban itu akan membuah seribu makna dan pasti dimanfaat oleh yang lain"

Ahad, 27 November 2011

wudhu'

 

Syarat-syarat Wuduk

Syarat-syarat Wuduk
Syarat sah Wuduk itu ada enam:-


* 1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
* 2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
* 3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
* 4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
* 5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
* 6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.           

   
Sunat-sunat wudhu'
Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwudhu':-
Menghadap ke arah Kiblat.
Menbaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman
nirrahim".
Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum
berwudhu'.
Berkumur atau bersugi.
Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan
mengeluarkannya kembali.
Menyapu air ke kepala.
Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu
berwudhu'.
Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau
sebagainya.
Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
Berjimat ketika menggunakan air.
Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'.
Membaca Doa Selepas wudhu'setelah selesai berwudhu'.


        
Perkara yang membatalkan wudhu'.
Enam perkara membatalkan wudhu':-
Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur)
najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan
sebagainya.
Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau
perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik
kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya
seperti kencing,
seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu
dan lain-lainnya)
Murtad.
                                                                                                                            

      

Sabtu, 26 November 2011

فلاجرن اساس جاوي

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamualaikum..kali ini ustaz akan menunjukkan sedikit sebanyak bagaimana ejaan jawi baru diubah dan dan digubal agar menjadi sebuah ejaan yg baik dan mudah difahami oleh generasi baru nanti.
  

  KAEDAH DIFTONG

Dalam sistem ejaan Jawi terdapat tiga bentuk diftong yang digunakan iaitu /ai/, /au/ dan /oi/. Dengan adanya sistem ejaan Jawi baru, kegelisahan para pengguna dapat diselesaikan. Sebelum ini, sistem mengeja bagi beberapa perkataan Jawi disama eja.



  BUNYI GLOTIS
Semua perkataan bahasa Melayu yang diakhiri dengan hentian glotal
akan dieja dengan menggunakan huruf qaf.




KAEDAH GELINCIRAN
- Bunyi gelinciran ini terjadi apabila vokal /a/ diikuti oleh vokal /u/ atau /i/ bertemu tanpa dibatasi dengan huruf konsonan.
- Bagi mengelakkan kekeliruan dalam sistem ejaan Jawi, perkataan yang mempunyai huruf vokal yang sedemikian hendaklah ditambah huruf hamzah sebelum huruf wau atau ya.
 KATA GABUNGAN


- Kata gabungan (kata majmuk) bebas yang membentuk rangkai kata umum, rangkai kata istilah khusus ditulis terpisah antara satu sama lain.
      Kata gabungan yang ditulis serangkai sebagai bentuk yang telah mantap dalam ejaan       Rumi, ditulis serangkai juga dalam ejaan Jawi

KATA ULANG

Ada tiga cara menulis perkataan berganda
dalam tulisan Jawi.
Pengulangan penuhditulis angka dua (٢) selepas kata dasar.
Pengulangan bebasditulis penuh dengan menggunakan tanda sempang.
Pengulangan separaditulis penuh
 KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS 

- Kata pinjaman daripada bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris hendaklah dikekalkan bentuk bunyinya serta sedikit penyelarasan dengan kaedah ejaan bahasa Melayu.
 - Bunyi glotal dilambangkan dengan huruf kaf seperti perkataan abstrak - ابسترك.
 

Khamis, 24 November 2011

Kata-kata motivasi

 TIADA JALAN LAIN
Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Kekitaan yang erat tiada yang berat.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.


KALAM KU

Kata-kata hikmah ini merupakan koleksi kata-kata mutiara indah yang sesuai dijadikan motivasi dan pengisian jiwa.

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.

فلاجرن تجويد

1. Waqaf( وقف ).
Dari sudut bahasa: Berhenti / menahan. Dari sudut istilah tajwid: Menghentikan seketika bacaan secara memutuskan suara di akhir perkataan untuk bernafas dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan.

التام الوقف الوقف اللازم 1.1 Waqaf Lazim( )/ Waqaf Tam( ).
Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna maknanya serta lafaz (dari segi i'rab) dan maksudnya tidak tergantung dengan kata-kata berikutnya. Waqaf ini bertanda:(
م )
الوقف الجائز 1.2 Waqaf Ja'iz (Berhenti Harus) .

Bacaan diharuskan berhenti atau sambung. Kedudukan hukum bahagian ini kadangkala sama (berhenti atau sambung), kadangkala sambung lebih baik dari berhenti dan kadangkala berhenti lebih baik dari sambung (iaitu menghentikan bacaan pada rangkai kata yang tidak merosakkan maknanya).

1.2 Waqaf Ja'iz (Berhenti Harus) .
Bacaan diharuskan berhenti atau sambung. Kedudukan hukum bahagian ini kadangkala sama (berhenti atau sambung), kadangkala sambung lebih baik dari berhenti dan kadangkala berhenti lebih baik dari sambung (iaitu menghentikan bacaan pada rangkai kata yang tidak merosakkan maknanya).

1.3 Waqaf Kafi( ).
Bacaan harus diberhentikan atau disambung malah berhenti lebih baik dari sambung. Ia dinamakan demikian kerana lafaznya sempurna dan tidak bergantung dengan lafaz selepasnya. Tandanya( قلي ).

1.4 Waqaf Tasawi( ).
Kedudukan hukum bacaan tersebut ketika berhenti dan sambung adalah sama. Tandanya:( ج ).

1.5 Waqaf Hasan( ).
Bacaan yang diharuskan berhenti atau sambung malah sambung adalah lebih baik dari berhenti. Ia dinamakan demikian kerana memberhentikan bacaan padanya adalah lebih baik. Tandanya (
صلي ).

SEMBELIHAN

Sembelihan ialah mematikan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunaka alat yang tajam dengan niat kerana Allah.
Sembelihan menghalalkan seekor binatang itu dimakan oleh orang Islam. Walau bagaimanapun, hanya binatang yang halal sahaja yang termasuk dalam kategori tersebut. Manakala binatang yang memang haram dimakan seperti babi, ular dan tikus hukumnya tetap haram walaupun disembelih oleh orang Islam.
Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan haram dimakan. 
Rukun Sembelihan
1. Orang yang menyembelih
2. Binatang yang disembelih
3. Alat untuk menyembelih
 

Syarat-Syarat Sembelihan
1) Orang yang menyembelih
a) beragama Islam @ ahli kitab
b) Baligh ; tidak sah jika kanak-kanak
c) berakal ; tidak sah jika orang gila

2) Binatang Yang Disembelih
a) Binatang yang halal dimakan
b) binatang itu masih hidup

3) Alat Sembelihan
a) mestilah alat yang tajam seperti pisau
b) tidak termasuk gigi, tulang dan kuku

 
Syarat Sah Sembelihan

1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih
2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk disembah kepada jembalang dan sebagainya
3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)
4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup
5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan
6. Disembelih oleh orang Islam
7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang
8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut atau terjatuh dalam perigi ketika disembelih
 

Sunat Sembelihan
1. Membaca Bismillah
2. Berselawat ke atas nabi
3. Mengadap kiblat
4. Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih
5. Menyembelih di pangkal leher binatang

فلاجرن سيرة

 LATAR BELAKANG BAGINDA MUHAMMAD
- Aminah binti Wahab, ibu Muhammad pada saat mengandung Muhammad tidak pernah merasa lelah seperti wanita pada umumnya.
- Ketika melahirkan Muhammad, Aminah binti Wahab tidak merasa sakit seperti wanita sewajarnya.
- Muhammad dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan.
- Pada usia 5 bulan ia sudah pandai berjalan, usia 9 bulan ia sudah mampu berbicara dan pada usia 2 tahun ia sudah boleh dilepas bersama anak-anak Halimah yang lain untuk menggembala kambing.
- Halimah binti Abi-Dhua’ib, ibu susu Muhammad dapat menyusui kembali setelah sebelumnya ia dinyatakan telah kering susunya. Halimah dan suaminya pada awalnya menolak Muhammad kerana yatim. Namun, kerana alasan ia tidak ingin dicemuh oleh Bani Sa’d, ia menerima Muhammad. Selama dengan Halimah, Muhammad hidup secara nomad bersama Bani Sa’d di gurun Arab selama empat tahun.
- Abdul Muthalib, datuk kepada Muhammad menceritakan bahawa berhala yang ada di Ka’bah tiba-tiba terjatuh dalam keadaan bersujud ketika kelahiran Muhammad. Ia juga menceritakan bahawa ia mendengar dinding Ka’bah berbicara, “Nabi yang dipilih telah lahir, yang akan menghancurkan orang-orang kafir, dan membersihkan dariku dari beberapa patung berhala ini, kemudian memerintahkan untuknya kepada Zat Yang Merajai Seluruh Alam Ini.”
- Dikisahkan ketika Muhammad berusia empat tahun, ia pernah dibedah perutnya oleh dua orang berbaju putih yang terakhir diketahui sebagai malaikat. Peristiwa itu terjadi ketika Muhammad sedang bermain dengan anak-anak Bani Sa’d dari suku Badwi. Setelah kejadian itu, Muhammad dikembalikan oleh Halimah kepada Aminah. Sirah Nabawiyyah, memberikan gambaran detail bahawa kedua orang itu, “membelah dadanya, mengambil jantungnya, dan membukanya untuk mengeluarkan darah kotor darinya. Lalu mereka mencuci jantung dan dadanya dengan salju.” Peristiwa seperti itu juga terulang 50 tahun kemudian saat Muhammad diisra’kan ke Jerusalem lalu ke Sidratul Muntaha dari Mekkah.
- Dikisahkan pula pada masa kecil Muhammad, ia telah dibimbing oleh Allah. Hal itu mulai nampak setelah ibu dan datuknya meninggal. Dikisahkan bahawa Muhammad pernah diajak untuk menghadiri pesta dalam tradisi Jahiliyah, namun dalam perjalanan ke pesta ia merasa mengantuk yang teramat dan tidur di jalan sehingga ia tidak mengikuti pesta tersebut, kerana dia dipelihara oleh Allah dari berpesta mengikut umat jahiliyyah.
- Pendeta Bahira menceritakan bahawa dia melihat tanda-tanda kenabian pada diri Muhammad. Muhammad ketika itu berusia 12 tahun sedang beristirehat di wilayah Bushra dari perjalanannya untuk berdagang bersama Abu Thalib ke Syiria. Pendeta Bahira menceritakan bahawa kedatangan Muhammad ketika itu diiringi dengan gumpalan awan yang menutupinya dari cahaya matahari. Ia juga sempat berdialog dengan Muhammad dan menyaksikan adanya sebuah “cop kenabian” (tanda kenabian) di kulit lambungnya.
- Mukjizat lain adalah Muhammad pernah memendekkan perjalanan. Kisah ini terjadi ketika pulang dari Syiria. Muhammad diperintahkan Maisarah membawakan suratnya kepada Khadijah ketika perjalanan masih 7 hari dari Mekkah. Namun, Muhammad sudah sampai di rumah Khadijah tidak sampai satu hari. Dalam kitab as-Sab’iyyatun fi Mawadhil Bariyyat, Allah memerintahkan pada malaikat Jibril, Mikail, dan mendung untuk membantu Muhammad. Jibril diperintahkan untuk melipat tanah yang dilalui unta Muhammad dan menjaga sisi kanannya sedangkan Mikail diperintahkan menjaga di sisi kirinya dan mendung diperintahkan menaungi Muhammad.

Rabu, 23 November 2011

فلاجرن اخلاق (pelajaran akhlak islamiah)

ADAB MENGURUS DIRI


  1. Baca doa apabila melakukan sesuatu

  2. Menjaga kebersihan diri

  3. Menjaga kesihatan diri

    Faedah Mengurus Diri

  4. Sentiasa bersih dan kemas

  5. Ada disiplin diri

  6. Dipuji dan dicontohi

  7. Mendapat pahala

     

    ADAB MENOLONG IBU

     

     

Semasa Hidup 

  • Memelihara harta benda mereka.

  • Bermanis muka.

  • Menjaga kesejahteraan mereka.

  • Tidak merungut.

  • Segera melakukan apa-apa yang disuruh.

  • Tidak membantah.

  • Bersopan.

  • Membantu dengan ikhlas. 

     

    Setelah Meninggal Dunia

  • Melaksanakan wasiat atau pesanan.

  • Bersedekah fatihah ke atas roh mereka.

  • Bersedekah dan meniatkan pahala diberikan padanya. 

     

    Faedah Menolong Ibu Bapa

    • Disayangi keluarga.

    • Menjadi anak soleh.

    • Mendapat keberkatan hidup.

    • Melahirkan masyarakat penyayang.

    • Ibu bapa kurang bebanan.

    • Mendapat rahmat daripada Allah

     

     ADAB MENZIARAHI JIRAN


  • Jiran tetangga ialah mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah kita hingga 40 buah rumah.

  • Kita perlu menjalinkan hubungan baik dan berkerjasa dengan mereka kerana dari situlah akan lahir kehidupan yang sejahtera dan aman tenteram seperti yang dianjurkan oleh agama Islam.

  • Kita disuruh menziarahi jiran tetangga jika ada kelapangan.

  • Antara adab-adab menziarahi jiran hendaklah pada masa yang sesuai, memberi salam, mengetuk pintu terlebih dahuku.

  • Kita juga tidak digalakkan berada terlalu lama dirumah jiran serta hendaklah menjaga rahsia jiran kita. 

    ADAB BERMAIN

     

    1. Bermain di tempat yang selamat.

    2. Memakai pakai yang sesuai.

    3. Menutup aurat.

    4. Mengemas peralatan.

    5. Bersalaman.

    6. Redo menerima keputusan pengadil.

    7. Amalkan semangat kesukanan.

    8. Mengetahui peaturan permainan.

    9. Mengawal perasaan.

       

    10. Mendengar dan mematuhi arahan guru

    11. Melakukan semua kerja yang disuruh

    12. Tidak meninggi suara

    13. Mendoakan guru

    14. Memberi salam

مثال لورقة اللغة العربية (contoh soalan bahasa arab)

Contoh soalan objektif pelajaran bahasa arab PSRA :
 
استخريج فعل المضارع في كلمات " يقرأ محمد القرأن في المسجد".
أ.  محمد
ب. القرأن
ج. يقرأ
د . في

Cara berkesan untuk memahami soalan bahasa arab adalah pelajar perlu membaca sebanyak dua kali soalan yang diberikan... maksud soalan diatas adalah  "keluarkan fi'il mudori' dalam kalimah..." pelajar perlulah memahami soalan yang diberikan. Pilih jawapan berdasarkan perkataan yang diberikan seperti diatas
 أين بحرف الجر ؟
أ.  ب
ب. محمد
ج . تلميذ
د. المسجد                                                                                                   

      
يجلس محمد _____ الكرسي.
أ. ب
ب. الى
ج. في
د. على
 Corak soalan diatas adalah tidak disertakan pertanyaan, tetapi diteruskan dengan soalan untuk mengisi jawapan pada tempat kosong tersebut.

اختر الفاعل في الجملة " رأيت تلميذان الى المدرسة"
أ.  رأي
ب. انا
ج. تلميذان
                                                                                                                                                                                                       
ما الجلة وجود الاستفهام ؟
أ. اجلس يا محمد!
ب. ذهبت الى مدرسة مع صديقة.
ج. كم ساعة الان؟
                                                                                              



Uji minda adik-adik dengan menjawab soalan yang diberikan



سؤالن بهاكين الثاني

. ترجم الي اللغة الملايوية. (١۰ درجات )
أ . المكتب : ______________________
ب. قصة النبي :_____________________
ج. الماء  : _______________________
د. السمك : ______________________
ه . الكعك : ______________________

استخريج الفاعل في الجملة الاتية . (٨ درجات )

أ . سافر الحجاج الى المكة المكرمة
ب. يقرأ محمد القرأن الكريم.
ج. تغسل العاملتان الملابس.

ضع علامة ( / ) في فعل . (١۰ درجات)

الكتاب

البيت

فاطمة

ذهب

اقرأ

قلم

اين

يخرج

امنع

اضرب
كون الاسماء الاتية الى جملة مفيدة . ( ١۰ درجات)
١ . هذا ____________________________________________________
٢ . المعلم ___________________________________________________
٣ . مرسم ___________________________________________________
٤ . مدرسة __________________________________________________
٥ . في _____________________________________________________

Ustaz berharap pelajar-pelajar sekalian dapat sedikit sebanyak memahami kaedah dan corak soalan yang diberikan atau yang diminta oleh soalan...selamat mencuba!!