العلم بلا عمل كشجرة بلا ثمر

"setiap yang berjuang itu pasti akan terkorban, yang terkorban itu akan membuah seribu makna dan pasti dimanfaat oleh yang lain"

Rabu, 23 November 2011

فلاجرن فقه

فقه 

BAGAIMANA UNTUK “MUMTAZ” FEQAH?


Soalan untuk pelajaran feqah adalah soalan yang secara realistiknya berfokus pada soalan fakta kepada hal ibadah seharian kita. Dalam sukatan pembelajaran yang terbaharu JAIS, seperti contoh adalah bab pertama tahun enam adalah Haji dan Umrah.
Pelajar perlu berfokus kepada :
1-Pengertian
2- Dalil dan hukum
3- Syarat wajib
4- Rukun Haji dan Umrah
5-Wajib haji dan umrah                                                    
6-Jenis haji
7-Jenis-jenis haji
8-Kaifiat mengerjakan haji
9-Hikmah mengerjakan haji


Contoh soalan :

١.  بريكن فعرتين حج برايكوت :٤ مركه  (٢۰۰٧ )


١ . حج افراد          ٢ . حج قران

__________________________________________________________________________________________________________________
  

          Pelajar perlulah memberi dua maksud haji tersebut. Dengan menerangkan “حج افراد          “  terlebih dahulu, dan baru diikuti “حج قران dengan menerangkan secara tepat dan padat. Satu soalan merangkumi (2m). Apabila isi-isi penting tiada dalam jawapan, markah akan ditolak. Hati-hati!!!! 


٢ . سنارايكن امفت ركون حج.  ٤ مركه  ( ٢۰۰۸)


____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
·       Soalan ini adalah soalan fakta!! Wajib hafal dengan mengikut urutan yang telah ditetapkan dalam sukatan. Jika terbalik dalam pemberian jawapan akan dianggap SALAH! Berhati-hati! Satu jawapan bersamaan dengan (1m).

سؤالن علة (السن)

جونتوه ١ : بريكن حكوم دان السن باكي فركارا دباوه.
علي برجاكف كتيك بروضوء.


حكوم : _________________________ 



  السن :_________________________                                                                                   
·       Soalan begini perlulah dijawap tepat dengan satu jawapan yang PASTI dengan (SAH WUDU’/ BATAL WUDU’ / MAKRUH WUDU’ / HARUS WUDU’).
·       Alasan yang dikemukakan oleh calon perlulah menyokong pada hukum yang telah diberikan. Alasan perlu diberi dengan Kemahiran berfikir, kreatif, kritis (KBKK).
·       Peberian markah adalah berdasarkan hukum dan alasan yang menyokong kepada jawapan yang tepat sahaja!
·       Hukum akan SALAH jika alasan tidak menyokong kepada hukum! Berhati-hati.
·       Penberian markah adalah berdasarkan jawapan yang baik dan diterima fakta sahaja!

Contoh pemberian jawapan yang disertakan markah.

١ . افاكه يغ دمقصودكن دغن صلاة سنة كرهان ؟ افاكه حكوم؟  (٣ مركه)

صلاة سنة كرهان اداله صلاة سنة دوا ركعة  (١ م)  يغ دلاكوكن سمفنا كرهان متهاري اتاو بولن. (١ م) 
حكوم اداله سنة مؤاكد. (١م) 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan