1. Wujud : Ertinya Ada |
Iaitu tetap dan benar yang wajib bagi zat Allah Ta'ala yang tiada disebabkan dengan sesuatu sebab. Maka wujud ( Ada ) – disisi Imam Fakhru Razi dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi bukan ia a'in maujud dan bukan lain daripada a'in maujud , maka atas qaul ini adalah wujud itu Haliyyah ( yang menepati antara ada dengan tiada) . |
2. Qidam : Ertinya Sedia |
Pada hakikatnya menafikan ada permulaan wujud Allah s.w.t kerana Allah s.w.t. menjadikan tiap-tiap suatu yang ada, yang demikian tidak dapat tidak keadaannya lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu itu. Jika sekiranya Allah Ta'ala tidak lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu, maka hukumnya adalah mustahil dan batil. Maka apabila disebut Allah s.w.t. bersifat Qidam maka jadilah ia qadim. Di dalam Ilmu Tauhid ada satu perkataan yang sama maknanya dengan Qadim iaitu Azali. Setengah ulama menyatakan bahawa kedua-dua perkataan ini sama maknanya iaitu sesuatu yang tiada permulaan baginya. Maka qadim itu khas dan azali itu am. Dan bagi tiap-tiap qadim itu azali tetapi tidak boleh sebaliknya, iaitu tiap-tiap azali tidak boleh disebut qadim. Adalah qadim dengan nisbah kepada nama terbahagi kepada empat bahagian : |
3. Baqa' : Ertinya Kekal |
Sentiasa ada, kekal ada dan tiada akhirnya Allah s.w.t . Pada hakikatnya ialah menafikan ada kesudahan bagi wujud Allah Ta'ala. Adapun yang lain daripada Allah Ta'ala , ada yang kekal dan tidak binasa Selama-lamanya tetapi bukan dinamakan kekal yang hakiki ( yang sebenar ) Bahkan kekal yang aradhi ( yang mendatang jua seperti Arasy, Luh Mahfuz, Qalam, Kursi, Roh, Syurga, Neraka, jisim atau jasad para Nabi dan Rasul ). |
4. Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadith. Ertinya : Bersalahan Allah Ta'ala dengan segala yang baharu. |
Pada zat , sifat atau perbuatannya sama ada yang baru , yang telah |
5. Qiamuhu Ta'ala Binafsihi : Ertinya : Berdiri Allah Ta'ala dengan sendirinya . |
Tidak berkehendak kepada tempat berdiri ( pada zat ) dan tidak |
6. Al – Wahdaniyyah. Ertinya : Esa Allah Ta'ala pada zat , pada sifat dan pada perbuatan. |
Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan berbilang pada zat , pada |
7. Al – Qudrah : Ertinya : Kuasa qudrah Allah s.w.t. memberi bekas pada mengadakan meniadakan tiap-tiap sesuatu. |
Pada hakikatnya ialah satu sifat yang qadim lagi azali yang thabit |
8. Al – Iradah : Ertinya : Menghendaki Allah Ta'ala. |
Maksudnya menentukan segala mumkin tentang adanya atau |
9. Al – Ilmu : Ertinya : Mengetahui Allah Ta'ala . |
Maksudnya nyata dan terang meliputi tiap-tiap sesuatu sama ada yang |
10. Al – Hayat . Ertinya : Hidup Allah Ta'ala. |
Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap qadim lagi azali berdiri pada zat |
11. Al - Samu’ : Ertinya : Mendengar Allah Ta'ala. |
Hakikatnya ialah sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri pada |
12. Al – Bashar : Ertinya : Melihat Allah Ta'ala . |
Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri |
13 . Al – Kalam : Ertinya : Berkata-kata Allah Ta'ala. |
Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada , yang qadim lagi azali , |
14. Kaunuhu Qadiran : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkuasa Mengadakan Dan Mentiadakan. |
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , |
15.Kaunuhu Muridan : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Menghendaki dan menentukan tiap-tiap sesuatu. |
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , |
16.Kaunuhu 'Aliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mengetahui akan Tiap-tiap sesuatu. |
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Al-Ilmu. |
17.Kaunuhu Haiyan : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Hidup. |
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Hayat. |
18.Kaunuhu Sami'an : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mendengar akan tiap-tiap yang Maujud. |
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum, iaitu lain daripada sifat Sama'. |
19.Kaunuhu Bashiran : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Melihat akan tiap-tiap yang Maujudat ( Benda yang ada ). |
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Bashar. |
20.Kaunuhu Mutakalliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkata-kata. |
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Qudrat. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan