PENGERTIAN SAM'IYAT
* Sami'yat ialah perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata, hanya boleh diketahui melalui Al-Quran dan Al-Hadis.
* Kita wajib mempercayainya kerana ia pemberitaan yang datang dari Allah dan Rasul.Orang yang tidak mempercayai adalah berdosa.
* Perkara-perkara Sami'yat adalah seperti berikut :
1. Alam Barzah - alam kubur
2. Soalan kubur - soalan yang ditanya oleh malaikat munkar dan nakir
3. Nikmat kubur : nikmat kepada orang yang mentaati perintah Allah
4. Azab kubur : siksaan kepada orang yang banyak melakukan dosa
5. Mahsyar : tempat berkumpul selepas dibangkitkan semula
6. Mizan : Alat timbangan amalan
7. Sirat : titian yang merentangi neraka untuk memasuki ke syurga
8. Syurga : tempat ganjaran bagi orang yang mentaati perintah Allah
9. Neraka : tempat siksaan bagi orang yang melanggar perintah Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan