العلم بلا عمل كشجرة بلا ثمر

"setiap yang berjuang itu pasti akan terkorban, yang terkorban itu akan membuah seribu makna dan pasti dimanfaat oleh yang lain"

Ahad, 11 Disember 2011

فلاجرن خط

Assalamualaikum pelajar-pelajar yang dikasih, kali ini ustaz akan menunjukkan bagaimana cara membuat beberapa jenis seni khat didalam tulisan huruf arab. Sama-sama kita cuba utk berjaya membuat khat sendiri.


   KHAT NASAKH


Khat Nasakh berkembang daripada bentuk yang kaku kepada bentuk yang terkini sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Khat ini telah sampaik kepada orang Arab Hijaz dan digunakan di jabatan-jabatan kerajaan dalam urusan surat-menyurat pada zaman permulaan Islam.
Semasa pemerintahan kerajaan Abbasiyah kurun ketiga dan keempat ahli sejarah menjelaskan khat ini bertambah baik bentuknya apabila khattat Ali bin Muqlah (tahun 272-328H) telah mencipta kaedah penulisan Khat Nasakh.
Pada zaman Atabikah (545H), khat nasakh telah diperbaiki sehingga dikenali sebagai Khat Nasakh Atabik. Digunakan untuk penulisan al-Quran pada zaman pertengahan Islam menggantikan Khat Kufi Klasik.
Jenis-Jenis Khat Nasakh:
i.                    Nasakh Klasik
Nasakh semenjak zaman pemerintahan Kerajaan Abasiyah. Kaedah penulisan ini ditulis oleh Ibn Muqlah, diperelokkan oleh orang Atabikah dan dijelmakan dalam bentuk ukiran dan hiasan oleh orang Turki.


ii.                  Nasakh Akhbar
Khat yang telah dikembangkan dari segi bentuknya yang jelas dan huruf yang tebal. Tulisan ini juga dinamakan tulisan ‘surat khabar’ kerana penggunaannya meluas dalam bidang akhbar.
Khat Nasakh Dalam Pertandingan
Khat Nasakh digunakan secara meluas dalam pendidikan dan sering menjadi pilihan untuk dipertandingkan di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam pertandingan ada beberapa perkara yang perlu diberi penekanan antaranya:

i.                     Memahami dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur.  Biasanya Khat Nasakh disempurnakan dengan baris bacaan kecuali dalam menulis jawi.
ii.                   Bentuk yang dipilih dan ruang yang disesuaikan. Tulisan itu disusun dengan keseimbangan dari segi bentuk, ruang dan keserasian perhiasan agar menjadi lebih menarik.
iii.                  Ragam hias hendaklah tidak terlalu besar hingga mengganggu tulisan asal. Contohnya tulisan Basmalah dan Sodaqallah, hendaklah ditulis dengan saiz yang kecil atau sederhana sahaja kerana fokus adalah kepada ayat yang ditentukan (Jainal Sakiban, 2000)


3. Kaedah Penulisan Khat Nasakh

i.        Huruf Tungggal


ii.       Kaedah Umum Khat Nasakh

a.                   Huruf-huruf khat yang ditulis di atas garisan;

b.                   Huruf-huruf yang ditulis di bawah garisan pula adalah seperti berikut:

c.                   Kepala huruf-huruf  berongga  tertentu ditutup seperti huruf Ain dan Ghain yang berada di tengah dan dihujung  serta huruf Mim ekor ke bawah ketika di akhir perkataan. Contohnya ;

d.                   Huruf-huruf menegak mestilah dicondongkan sedikit ke sebelah kiri seperti berikut;

e.                   Keistimewaan khat ini ialah boleh diletaklah baris.

f.                     Huruf-huruf berekor boleh di tarik memanjang mengikut kesesuaian contohnya :Huruf Nun, Sin, Syin, Fa, Sod, Dhod, Qaf dan Ya.

g.                   Terdapat juga penulisan huruf-huruf yang ditebalkan  dan  dinipiskan.

h.                   Huruf mim (م ), Ra( ر) dan Ha(ح ) mempunyai beberapa jenis bentuk.

i.                     Semua huruf Khat Nasakh condong ke bawah pada bahagian kiri (akhir) setiap huruf.

j.                     Huruf-huruf yang ditulis dalam satu kalimah yang bersambung boleh diangkat sedikit samada menajam ataupun sambungan yang lembut. Lihat contoh berikut:

Menajam         Sambungan lembut:
Gigi-gigi huruf keluarga Ba yang berturutan antara 3 dan lebih hendaklah ditinggikan sedikit pada gigi pertama seperti di bawah:


Berikut merupakan kaedah penulisan nasakh bagi setiap huruf yang bersambung.











KHAT RIQAH

Sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman kerajaan Uthmaniyah (850H). Tujuan khat ini dicipta ialah untuk menyeragamkan tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan. Menurut Kamus Bahasa Riqa’ah bermaksud cebisan kertas yang ditulis.

            Ciri tulisan ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat nasakh. Penggunaan khat ini dalam masyarakat kita tertumpu pada penulisan nota dan tulisan. Beberapa langkah telah diambil untuk menjadikan khat ini dapat dipelajari oleh murid-murid sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian seperti urusan surat menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar dalam akhbar.

Kaedah Penulisan Khat Riq’ah


        Huruf-Huruf Tunggal

         
Kaedah Umum
a.      Huruf Khat Riq'ah tidak boleh di Irsal kan ( di tarik panjang ).
b.      Khat Riq'ah tidak mempunyai baris dan hiasan.
c.      Jarak di antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan
perkataan ialah satu titik tepat.
d.      Satu titik pada huruf-huruf dalam Riq'ah ialah bersamaan setengah titik tepat.
Bentuk titik:

 

e.      Semua huruf Khat Riq’ah ditulis di atas garisan kecuali huruf  Jim,Ha, Kha, Ain, Ghain dan  Mim.

f.        Manakala kepala huruf-huruf perlu ditutup ( tidak berrongga ).  Contohnya;

g.      Huruf-huruf menegak mestilah dicondongkan sedikit ke sebelah kiri seperti berikut;

h.      Huruf-hurufnya mestilah ditebalkan, ianya tidak seperti Khat Nasakh dan Farisi yang boleh dinipis dan ditebalkan huruf-hurunya.

i.        Gigi-gigi huruf yang berturutan hendaklah mengikut kaedah seperti berikut:

j.        Huruf-huruf menegak yang disambung sebelumnya perlu mempunyai sudut yang bersegi  seperti berikut;

iii.                Bentuk Huruf Bersambung

a.                 Huruf Ba, Ta Dan Tha Bersambung

b.                 Huruf Jim, Ha Dan Khat

c.                 Huruf Dal, Zal ,Ra, Zai  Dan Wau Bersambung

d.                 Huruf Sin Dan Syin Bersambung

e.                 Huruf Sod Dan Dhod Bersambung

f.                   Huruf Tho, Zho Dan Ya Bersambung

g.                 Huruf Ain, Ghain Dan Ha Bersambung

h.                 Huruf Fa Dan Qaf Bersambung

i.                   Huruf Kaf Bersambung

j.                   Huruf Mim Bersambung

k.                 Huruf Lam Alif Bersambung
 

KHAT THULUTH

 
Dinamakan Thuluth kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pen (qalam) yang ukuran lebarnya menyamai 1/3 (thuluth) mata pen. Ada pendapat mengatakan asalnya khat ini ditulis menebal dengan 24 helaian bulu kuda. Kemudian ketika jenis ini ditulis pula dengan menggunaka 2/3 menjadikan namanya Khat Thulutain ( 2/3), kemudian terakhir ditulis dengan menggunakan 1/3 daripada 24 helaian bulu kuda menjadikan namanya Thuluth(1/3) iaitu 8 helaian bulu kuda. Khat ini merupakan khat yang paling sukar dibandingkan dengan tulisan khat yang lain dari segi kaedah, ukuran, gaya memperelok atau kemampuan untuk menghasilkan tulisan yang tepat ukiran dan seninya. Digunakan dalam menghiasi bangunan ruang-ruang dinding dan kubah di masjid-masjid.


Antara jenis Khat Thuluth:

Khat Thumar

Khat al-Muhaqqaq


Khat Raihani


Khat al-Thuluthain


Khat Musalsal

Kaedah Penulisan Khat Thuluth

Kaedah Umum Khat Thuluth
Khat Thuluth memerlukan latihan yang banyak  dan berterusan bagi mendapatkan tulisan bentuk-bentuk huruf dengan tepat dan cantik. Selain itu, latihan ini juga adalah satu senaman untuk melembutkan pergerakan tangan semasa menulis.
Pada peringkat permulaan, penggemar Khat Thuluth perlu memperbanyakkan latihan dengan menulis huruf- huruf tunggal dari huruf alif hingga huruf ya pada setiap hari untuk membiasakan pergerakan tangan menulis huruf-huruf mengikut timbangannya yang sebenar.
Untuk mendapatkan hasil tulisan Khat Thuluth yang halus, menuntut kepada pembelajaran dengan guru yang muktabar.
Penulis yang mahu mengetahui rahsia Khat Thuluth hendaklah menulis Qasidah nun dan amsyak yang sering di tulis oleh penulis yang terkenal .
Huruf-huruf tunggal Khat Thuluth:

Merupakan khat yang paling cantik dilihat dan yang paling sukar untuk ditulis.  Berbeza dengan Khat Nasakh dengan kelembutannya dan besar ukuran hurufnya.  Kebanyakan huruf mempunyai beberapa bentuk seperti huruf ba , dal, ra,  a`in,  kaf,  mim,  nun, ha,  lam alif dan ya.  Oleh yang demikian, penulis boleh menulis  pelbagai bentuk huruf dalam penulisannya.
Huruf-huruf menegak mestilah dicondongkan sedikit ke sebelah kiri dan mempunyai  zuluf ( topi )  seperti alif di atas manakala bentuk huruf ha mempunyai tiga bentuk apabila bersambung dengan huruf  menegak, mendatar dan menurun.
 
Bentuk huruf bersambung
Huruf Ba Bersambung
Huruf Jin dan Ha' bersambung:



Huruf Sin Bersambung
Huruf Sod Bersambung
Huruf Tho Bersambung
Huruf Ain Bersambung
Huruf fa bersambung
Huruf Kaf Bersambung



Huruf Lam Bersambung
Huruf Mim Bersambung

Huruf Ha Bersambung

Bentuk Baris Dan Ragam Hiasan Khat Thuluth
Bentuk baris dan hiasan sangat penting dalam penulisan Khat Thuluth dan merupakan satu kemestian dalam penulisan Khat Thuluth. Ini kerana kedua-duanya akan menambahkan kecantikan dan keseimbangan Khat Thuluth. Kedua-duanya mesti ditulis dengan seimbang dan halus. Saiz baris dan hiasan satu pertiga mata pen dan ada juga sama dengan saiz huruf. Bentuk baris dan ragam Khat Thuluth terbahagi kepada dua jenis.

Bentuk  baris dan hiasan di atas huruf :
  Bentuk baris dan hiasan di bawah huruf:



Ustaz berharap pelajar-pelajar dapat mengusai seni khat diatas dengan memperbanyakkan latihan dirumah...=)